Apakah kepentingan sukan dan perpaduan ? Sukan dapat memupuk persahabatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat di sesebuah negara dan seterusnya melahirkan masyarakat yang bersatu padu serta negara yang makmur . Hal ini demikian kerana, apabila sesuatu jenis sukan diwakili oleh peserta daripada pelbagai kaum, mereka sudah tentu akan bekerjasama dan saling membantu untuk mencapai satu matlamat, iaitu kejayaan. Semasa berada dalam satu kumpulan, akan timbulnya perasaan kekitaan atau espirit de corp dalam kalangan mereka.
Posts
- Get link
- Other Apps
BIDANG sukan masih mampu menjadi landasan terbaik dalam memupuk dan memperkasa perpaduan antara kaum di sebalik menjadi medan membentuk atlet di negara ini. Bagi Timbalan Dekan Fakulti Sains Sukan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Raja Mohamed Firhad, beliau secara peribadi berpandangan sukan mampu menyatukan masyarakat majmuk di negara ini. “Saya lihat sukan sejak dulu sehingga hari ini tidak didominasi oleh sesuatu kaum sahaja. Semua kaum ada dalam sesebuah pasukan sebagai pemain, jurulatih mahupun pengurus. “Mereka bersatu hati untuk mengerakkan sukan negara tanpa mengira kaum dan agama. Contohnya, dalam pasukan bola sepak negara kita. Jurulatihnya berbangsa Cina (Tan Cheng Hoe) dan pemain-pemain kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu,” ujarnya kepada Sinar Harian baru-baru ini. Beliau memberitahu, sukan bukan sahaja dapat meningkatkan perpaduan, malah kegiatan berterusan dalam sukan juga akan dapat meningkatkan produktiviti, tahap kesihatan dan kecergasan serta ku
- Get link
- Other Apps
Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. [1] Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan. Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.
- Get link
- Other Apps
Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi. Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan manusia sama ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton. Selain itu, kita akan kekurangan masa bersama keluarga dan rakan-rakan di sekeliling kita. PERMAINAN SUKAN DALAMAN (INDOOR GAMES) PERMAINAN SUKAN LUAR ( OUTDOOR GAMES) SUKAN LASAK (EKSTRIM)